Monday 8 August 2011

Salah ke ye?

   Pernah atau tidak anda melakukan perkara ini? Apa nie. Cakap cepat cik oii.. Hehe. 'Meremove' friend anda di facebook? Saya tak berapa tahu lah apa term dia yang sebenarnye. Ala, buang - buang kawan dekat facebook nie lah. First time saya lakukan, saya telah dimarahi oleh seorang sahabat kepada orang itu. Tapi saya rasa dia ni adalah orang yang sama. Konon mengaku kawan lah. Padahal tu account awak jugakkan.
   Kenapa hari ini pakai ganti diri pertama yang sangat bersopan iaitu 'saya' ini adalah untuk mengawal kemarahan saya. Bulan ramadhan laa katakan. Nanti rugi lah puasa. Jam dah pukul 4 ni. Lagi 3 jam lebih je nak makan. Boleh pulak si polan tersebut memarahi saya dan dengan tidak disangka, dia telah menghina negeri kelahiran saya iaitu Negeri Sembilan. Apa nie? Takkan sebab remove friend, negeri kelahiran saya turut di persoalkan? Sungguh biadap orang ini. Dan yang paling teruk, dia telah menyebarkan fitnah keatas saya dengan mengatakan saya mempunyai lelaki lain. Message ini telah dihantar kepada buah hati saya iaiutu Haikal Roslan. Rasa nak mencarut. Boleh tak ye? Nasib baik laa bulan ramadhan, kalau tak, tak tahulah macam mana. Sian dia. Dah lah dapat message tu masa saya tengah cuti. Tension encik Haikal.
   Apa motif lelaki itu sebenarnya? Macam tak faham. Takda pasal cari pasal. Nak kena ni. Ingat, facebook tu awak punye ke haa? ( nada geram bercampur stress ). Apa - apa pon, saya berharap tidak ada lagi perkara sebeginii akan berlaku. Come on laa guys, kalau korang tak salah, takde nya aku ni nak remove friend kau tu. Dah laa tak kenal, ada hati nak keluarkan aku dari UPNM. Ingat ape ha? Ini Malaysia lah. Ada undang - undang.
   So, to all of you out there please be matured and don't judge person by it state okeyh. Aku ni mix Melaka and Negeri Sembilan. So, jangan nak kutuk - kutuk ye. Hehe... Tapi kenapa nak kutuk negeri dalam Malaysia? Rakyat menimbulkan sentimen kenegerian. Isu perpaduan nie. Ceceh. Mentang - mentang baru balik dari UTP. Kih,kih,kih

2 comments:

  1. uish..bwak bersabar cik chenot...tarik napas...lepas...

    psstt..sape2??ceciter2?? (nada berbisik)

    ReplyDelete