Thursday 21 July 2011

Habis Sudah

  Apa yang habis sudah ni? Gula habis ke, garam habis ke? Bukanlah. Semua jawapan tersebut salah faham. Jawapan yang paling tepat ialah program asasi aku telah tamat di UPNM. Tersangat seronok sebab segala jerih payah aku bersama kawan – kawan telah terbalas. Setelah 3 sem dilalui , semua habis dengan jayanya pada tanggal 14 Julai yang lepas.
   Setelah habis 51 credit hour dilalui semua akan menyambung degree di UPNM  kembali. Ini adalah kerana UPNM ialah satu - satunya  universiti  yang program asasi nya khas untuk ijazah di UPNM sahaja. Walaupun agak pelik tapi tidak menjadi apa – apa kudis di hati aku. Aku sangat seronok berada disini. Dekat dengan rumah, ada family, cukup semuanya. So, memandangkan asasi aku dah tamat sure lah aku dah ada junior 2011. Strength mereka tersangatlah ramai untuk dibandingkan dengan strength intake aku. 2 kali ganda rasanya. Ramai tak?
   Berbalik pada cerita aku kembali, lepas ni semua budak awam asasi akan bercuti, manakala kadet 2010 akan menjalani rutin hidup sebagai askar yang sejati. Menembak, berkawad, PT, masuk hutan dan bermacam lagi. Jadi, all the best 2 my friends yang akan mula berlatih, berlatih dan berlatih sehinggalah cuti raya. Jumpa kembali bulan September nanti. Ini semua ialah kenangan – kenangan sewaktu asasi sesi 2010/2011. ‘Sahabat selamanya kerana susah dan senang aku tetap ada untuk kamu.’
   To kawan - kawan daripada matrik and lepasan STPM yang bakal menjadi rakan seperjuangan baru di UPNM, welcome to Palapes and UPNM..
   This was the pictures yang sempat diabadikan bersama..:)




             During last English class with Miss Emily

   Rumah Terbuka PERNIM 2010

 Kenangan di KDSI


 Kelas Nautical Science with Cdr. Arif

Special made for TMT 1

Wednesday 20 July 2011

Sharing is Caring

Pernah dengar tak pasal ungkapan ni? Mesti dah familiar right. Sebab ape ya bila sebut pasal share atau kongsi ni, mesti akan dikaitkan dengan caring? Pada pendapat aku lah, maybe sebab bila kita kongsi, kita seakan-akan mengambil berat dan membantu orang lain. Tapi bukan semua benda boleh kongsi tau. Boyfi or hubby orang jangan nak try-try kongsi. Mengamuk si gegurl tersebut nanti. Hahahaha. Over sangat. Okey, sebab apa isu ni timbul hari ni, semalam adalah seorang junior aku yang bernama Iman text aku minta tolong aku ajarkan beliau subjek Chemistry asasi. Berpeluh jugak lah aku dengar. Mana tak nya, aku belajar subjek tu masa aku sem 1 asasi dan sekarang ni aku dalam sem 3 asasi. Bak kata orang ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Nanti tak pasal-pasal aku bagi ajaran sesat dekat adik tu. Kesian dia nanti, Tapi Alhamdulillah. Aku berjaya juga mengingati subjek tu dengan baik. As long as aku ingat konsep dia da okey da. Just term dia aku lost sikit. So, before ajar Iman, aku pun study balik buku teks Kimia kawan aku. Nasib baiklah Ummi, roommate aku ada buku tersebut. Lega sangat. So, moral of the story is, ikutlah sunnah Rasulullah yang berbebunyi, sampaikan sesuatu ilmu walaupun ianya hanyalah sepotong ayat. Kepada kakak-kakak senior, korang semua kena ingat yang ilmu korang takkan stop bile final dah habis sebab, bila junior masuk nanti confirm they all akan cari you all. So, chain ni takkan stop sampai lah bila-bila pun. And bila korang gagal ajar junior tersebut, malulah status kita sebagai senior. Hahaha. Over sangat…

Monday 18 July 2011

PERCUBAAN PERTAMA


Hye,hye,hye. I’m new here. Actually aku dah lama start berjinak-jinak dengan blog. Aku always baca blog orang sebab aku sendiri takda blog. Jadi ini boleh dikatakn percubaan pertama aku dalam menulis blog. Orang yang encourage aku untuk tulis blog adalah  kak Fatin Liyana. Aku always baca blog dye. Menarik sangat sampai kalau ada peluang on9 je, first benda yang aku akan cari adalah blog dye. Thumbs up untuk kak Fatin. Tapi bila ada assignment, Fatin Liyana punya blog kena la jadi priority aku  yang terakhir. Ni mesti kalau tak habis lah course work aku. Okey, berbalik kepada my story, aku memang suka berkarya nie. Tapi aku tak ada lah mantap sangat. Biasa-biasa je. Beginner lah katakan. Tapi aku buat blog ni bukan nak menambah bilangan bloger-bloger dalam dunia ni tapi aku nak penuhi masa aku kat u yang terkurung ni. Dah tak boleh nak keluar, so kita kena find out solution untuk mengurangkan rasa bosan agar diri kita terpelihara dari gejala negative dan dapat membina sahsiah diri. Wah, macam lecturer Pengukuhan dan Pembelajaran aku plak.Over sgt.
   Dari opinion aku,kepentingan blog ni adalah untuk membebel dan merapu. Sebab, bukan semua benda orang nak dengar cerita kita. Semua orang sibuk lah girl oii. So untuk permulaan ni, saya (kata ganti diri yang sepatutnya) akan cuba berkarya dengan baik. Macam azam tahun baru pun ada tapi ni sebenarnya harapan dan dorongan untuk diri sendiri. Jadi, semoga berjaya Siti Nur!